Pages

Thursday, November 24, 2011

Infografik : Data Semasa Berkenaan Telekomunikasi Di Malaysia

Salah satu industri tempatan yang giat membangun adalah industri telekomunikasi, dimana pelbagai perubahan telah berlaku sejak beberapa tahun ini, dengan angka penggunaan internet dan telefon mudah-alih yang meningkat setiap tahun. Amanz dengan Piktocharttelah pun menyediakan sebuah infografik ringkas berdasarkan beberapa data yang telah berjaya kami kumpulkan.
Mengenai Piktochart
Piktochart merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada pembangunan infografik, selain menyediakan sebuah platform berasaskan web untuk membolehkan para pengguna membangunkan infografik mereka tersendiri. Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta tertutup, dan pengguna yang berminat boleh mendaftarkan diri untuk disertakan dalam ujian beta melalui halaman rasmi mereka.

Sunday, November 20, 2011

Friday, November 18, 2011

Gambar Lama Mesir Pada Tahun 1849

Gambar lama negara Mesir ini diambil pada tahun 1849 ketika ekspedisi pertama ke negara tersebut oleh penjajah Barat. Mesir memang terkenal dengan tinggalan sejarah dan mempunyai pelbagai tempat menarik yang dikunjungi pelancong setiap hari.


























Sumber:http://funcrawler.blogspot.com/2010/08/egypt-in-1849-while-there-are-no.html

Sunday, November 13, 2011

Senarai dan Gambar AIM 18

Yuna menggondol tiga anugerah pada Anugerah Industri Muzik (AIM18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari Sabtu. Yuna menerima anugerah Lagu Terbaik, Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat.

Acara yang bermula pada pukul 9 malam itu dihoskan oleh AC Mizal dan Zizan Raja Lawak. Pelbagai persembahan menarik yang ditampilkan termasuklah gandingan dua bintang muda Youtube Amerika Syarikat dan Malaysia iaitu Greyson Chance dan Najwa Latif menerusi lagu Paparazzi yang dipopularkan oleh Lady Gaga.

Manakala persembahan istimewa lain termasuklah Najwa, Yuna, Yassin, Mawi, Hafiz, 3 Suara (Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor), Ezad Exists, Rahmad Mega, Zamani Slam dan Elly AXL's.

Lagi keputusan penuh...
1. Artis Baru Terbaik = Najwa

2. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu = Ning Baizura, Jacyln Victor, Shila Amzah - Beribu Sesalan

3. Lagu Rock Terbaik = Lagu: Pelita /Komposer: Loque /Artis: API

4. Lagu Pop Terbaik = Lagu: Sedetik Lebih /Komposer: Edry Abdul Halim /Artis: Anuar Zain

5. Lagu Pop Etnik Terbaik = Lagu: Joget Tak Senang Hati /Artis: Adibah Noor

6. Lagu Nasyid Terbaik = Lagu: Pedoman /Artis: Nora Feat V.O.U

7. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik = Lagu: You Got To Go /Artis: Najwa

8. Video Muzik Terbaik = Lagu: Susun Silang Kata /Artis: Aizat Amdan /Pengarah: Ahmad Farish

9. Lagu Bahasa melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara = Lagu: Ku Menunggu /Komposer: Mery LC /Artis: Rossa

10. Anugerah Kembara = Yuna

11. Anugerah Sri Wirama = Beh Suat Pheng

12. Artis Mobile Celcom Terbaik = Sixth Sense

13. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) = Anuar Zain - Sedetik Lebih

14. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) = Yuna - Penakut

14. Lagu Terbaik = Yuna - Penakut

15. Album Terbaik = Album: The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid /Artis: Sheila Majid


-Gambar Via


Friday, November 11, 2011

Gambar baju muslimah Fida

Promote jap kedai busana dari butik Galeri Muslimah Sdn. Bhd. Butik Galeri Muslimah yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini terletak di A-1-6, Blok A, PJU 8/1, Neo Damansara, Damansara Perdana.Pelbagai jenis kain yang berkualiti siap untuk korang yang mementingkan ciri-ciri pemakaian dalam Islam. Gambar dibawah adalah diantara pakaian yang dipakai oleh Fida. Kalau nak tahu lebih lanjut / berkenan mengenai pakaian yang dipakai Fida ni, boleh lah pergi ke kedai berkenaan ok.





Gambar romantis atas katil!

Memang romantis sungguh melihat pasangan suami isteri ni apabila dah ada anak sulung.
 Sheikh Muszaphar dan Halina telah mengambil satu sesi photoshoot yang sungguh indah dan bermakna sekali.
 Memang pada mulanya melihat hanya mereka berdua sahaja diatas katil,
 tapi tip top ada si kecil punya kaki di hadapan. Nanti korang jangan lupa buat macam ni erk. Hehe





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...