Pages

Saturday, December 31, 2011

Ombak Rindu: Lebih 20 Kesilapan Filem Tidak Disedari Penonton

Ombak Rindu: Lebih 20 Kesilapan Filem Tidak Disedari Penonto




Walaupun dipuji melambung oleh peminat-peminat industri hiburan tanahair dan mendapat sambutan hangat dengan jumlah kutipan jualan tiket mencecah RM10.01 juta sehingga 30 Disember lalu, Ombak Rindu tidak terlepas melakukan kesilapan.
Sebuah blog pengkritik filem, Goofspotonfilm.blogspot.com (Goof Spot), menyenaraikan lebih 20 kesilapan filem Ombak Rindu yang mungkin tidak disedari oleh ramai penonton filem tersebut setelah diteliti dari sudut ‘shot’, audio dan visualnya.
Antara kesilapan-kesilapan yang dikenal pasti oleh pemilik blog itu ialah mengenai arah laluan keretapi yang dinaiki Izzah untuk ke Kuala Lumpur adalah bertentangan dengan arah sebenar dan menunjukkan ia menuju ke arah Arau atau Thailand.
“Scene keretapi ini dilakonkan di stesen kereta api Alor Star. Ianya berdasarkan struktur stesen dan kawasan yang dalam pembinaan, yang mana adalah dahulunya adalah bangunan lama. Dalam filem ini, Izzah naik tren nak ke Kuala Lumpur.

“Dalam realitinya, tren yang dinaiki Izzah sebenarnya menuju ke Arau dan seterusnya ke Siam. Untuk ke Kuala Lumpur, tren sepatutnya datang dari arah yang berlawanan. Dan, tren tersebut hanya ada pada waktu malam,” dakwa pemilik blog tersebut.
Menggelikan hati, Goof Spot turut mendedahkan mengenai sikap ambil mudah produksi Ombak Rindu mengenai pakaian yang dipakai hero filem, Haris, yang sekejap basah dan kering begitu cepat sekali.
“Haris yang basah kuyup sebab tolong Izzah masuk ke dalam kelab malam dengan baju putih yang dipakainya tadi semasa menyelamatkan Izzah.

“Peliknya, bajunya kering dan tidak menunjukkan tanda tanda basah sedikit pun (walaupun ada adegan Haris lap mukanya dengan tisu). Sempat plak Haris betulkan rambutnya yang basah tu ek.

“Malah, semasa Haris buka bajunya dan menampakkan singlet. O mai goodness, singletnya tak kelihatan basah dan melekit ke badan pun.

“Malah, baju yang sama, seluar jeans basah dan dengan kasut yang sama juga dipakai sehinggalah dia balik berjumpa mamanya. Nampaknya Haris memang suka pakai baju, seluar dan kasut basah. Ha3,” katanya menyindir tentang logik filem tersebut.

Selain itu, Goof Spot turut mempertikaikan tentang sekeping gambar di dinding bilik yang muncul tiba-tiba di dalam bilik Izzah.
“Sekeping gambar muncul di lajur tengah bawah secara tiba lepas tukar syot,” katanya lagi.

Blog itu turut mempersoalkan mengenai sebuah bakul sampah di dalam bilik air yang ditendang Haris yang gagal dikesan hilang entah ke mana.
“Bakul sampah yang disepak Haris hilang entah kemana walaupun tak ada siapa pun ubah semasa Haris angkat Izzah,” katanya kecewa kerana gagal mengesan bakul sampah itu.

Begitu juga dengan tali yang sepatutnya berada di depan hujung sampan di dalam adegan jam Izzah terjatuh ke dalam sungai, tali itu juga hilang tiba-tiba sebagaimana bakul sampah tersebut.

Pemilik blog itu juga mempertikaikan mengenai pergerakan bibir pada beberapa dialog filem yang tidak sama dengan audio filem yang mungkin disebabkan oleh kelemahan rakaman suara filem Ombak Rindu itu.
“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Semasa Afiah cakap ‘I dan Haris tak ada apa2 hubungan’, ucapannya tak sama dengan bibirnya.

“AUDIO PROBLEM / Synchronization: Mulut Izzah masih bergerak walaupun dia dah selesai sebut ‘… sementara Pak Dollah dan Mak Jah balik’ dalam syot selepas itu,” kritiknya lagi.
Goof Spot turut mendedahkan ‘auta’ filem itu pada adegan Haris menghubungi Izzah menggunakan telefon rumah dan nombor yang tertera di telefon bimbit Izzah menunjukkan nombor telefon Haris bermula dengan nombor 010 atau 016.
“FAKTA ATAU AUTA: Haris telefon Izzah guna telefon rumah. Tetapi, di handphone Izzah, korang akan nampak nombor 010 ataupun 016 (which means that panggilan ini dari nombor telefon bimbit).
Malah, nama pemanggil, ‘Abang Haris’ tertera di skrin walhal Haris tidak menggunakan telefonnya untuk call Izzah,” kata pemilik blog itu mendedahkan kelemahan filem itu.
Untuk melihat dan membaca lagi kelemahan-kelemahan filem ‘air mata’ itu, para pembaca boleh melayari blog tersebut di “http://goofspotonfilm.blogspot.com/2011/12/ombak-rindu-2011.html”.
Bagaimanapun, syabas kepada Ombak Rindu dengan penghasilan karya yang indah menyayat hati serta mampu menyentuh perasaan ramai peminat industri filem tanahair pada penghujung tahun 2011 ini dan kesilapan-kesilapan kecil ini mungkin dapat diperbaiki pada masa akan datang.

Tuesday, December 20, 2011

Majlis Konvokesyen Nuriah Hamid

Ini second time aku ambil gambar untuk majlis konvo..

 Customer Name : Nuriah Hamid ( Adik Kepada Fauzi Hamid )

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001090350332

Institut : Institiut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia

Tempat Konvo : Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Ulu Kinta Perak















Monday, December 19, 2011

Teka: Cari katak tersembunyi dalam gambar

Cuba cari katak yang tersembunyi dalam gambar ni. Seriously, aku sendiri tak jumpe mase mula-mula cari! Kalau korang dah give-up, bole scroll ke bawah untuk gambar katak tersebut..

-
-
-
-
-
-
Pautan ke gambar katak tersembunyi.




-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Saturday, December 10, 2011

Pertama Kali Ke Cameron Highland

Assalamualaikum Pembuka Bicara.. Minggu Lepas 6 hingga 8 disember aku ada trip ke ulu kinta perak.. then masa balik ada singgah di cameron highland.. First Time naik Cameron.. Padahal Dah banyak kali member aku AMNAN ajak ke sana...Amnan nie memang orang sana...jadi senanglah sikit... ok.. layan dulu gambar2 kat bawah nie ye...






















Saturday, December 3, 2011

Sinopsis KL Gangster 2

Pelakon
Syamsul Yusof,Aaron Aziz,Adi Putera,Sofi Jikan,Zizan,Sheera Iskandar dan Rosyam Nor
Sinopsis
Cerita ini mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek(Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka.
Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.
Sementara itu,Tailong(Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong.
Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof)
merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.
King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya.
Bermulanya konflik dan dendam antara Malek danTailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

Thursday, November 24, 2011

Infografik : Data Semasa Berkenaan Telekomunikasi Di Malaysia

Salah satu industri tempatan yang giat membangun adalah industri telekomunikasi, dimana pelbagai perubahan telah berlaku sejak beberapa tahun ini, dengan angka penggunaan internet dan telefon mudah-alih yang meningkat setiap tahun. Amanz dengan Piktocharttelah pun menyediakan sebuah infografik ringkas berdasarkan beberapa data yang telah berjaya kami kumpulkan.
Mengenai Piktochart
Piktochart merupakan salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan kepada pembangunan infografik, selain menyediakan sebuah platform berasaskan web untuk membolehkan para pengguna membangunkan infografik mereka tersendiri. Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta tertutup, dan pengguna yang berminat boleh mendaftarkan diri untuk disertakan dalam ujian beta melalui halaman rasmi mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...