Pages

Tuesday, September 27, 2011

Tujuh kalimat yg harus dbiasakan

 
 
 
  1. Tujuh kalimat yg harus dibiasakan.

    1.Bismillahirrahmanirrahiim :)
    Setiap kali hendak melakukan sesuatu.

    2.Alhamdulillah :)
    Setiap kali habis melakukan sesuatu.

    3.Astaghfirullah :)
    Jika melakukan sesuatu yg buruk.

    4.Insya Allah :)
    Jika ingin melakukan sesuatu pada masa yang akan datang.

    5.Laa hawla walaaquwwata illaah billaah :)
    Bila tidak bisa melakukan sesuatu yang agak berat/melihat hal yang buruk.

    6.Innalillahi wainna ilaihi rojiun :)
    Jika melihat/menghadapi musibah.

    7.Lailaha illallah :)
    bacalah siang & malam sebanyak2nya.


    Rasulullah SAW bersabda :-

    "Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala... "

Sunday, September 25, 2011

Pernikahan Norman Hakim Dan Memey Suhaiza

Dengan sekali lafaz, pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor pada pukul 5.10 petang, Sabtu.




Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran. Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.

Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan. Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu termasuk dua anak Norman iaitu Mohamed Danish Hakim,8, dan Marissa Dania Hakim,6.

Menurut Norman, dia akan membawa Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.

Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.

Wednesday, September 21, 2011

Sunday, September 18, 2011

Facebook Keluarkan Rokok Jenamanya



Amacam Perokok2 Tegar? Berminat??

Pengaruh Filem KL Gangster

Pre Wedding...Baru Belajar








PhotoShoot Di Roof Top






Beraya Di Rumah WonderGirl Si Dia










Gambar perkahwinan eira-azad

Dengan sekali lafaz pelakon, Eira Syazira, 27, sah bergelar isteri kepada pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya, kira-kira pukul 8.50 malam, Jumaat. Jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.

Eira menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, beg tangan, kasut, cincin, sirih junjung, minyak wangi, sejadah, Al-Quran, dan iPad2, manakala Azad mendapat 11 hantaran seperti, minyak wangi, Al-Quran, jam, baju Melayu, set penjagaan diri, kemeja, sejadah, kasut, coklat, cincin, sirih junjung dan jersi dan topi jenama Chelsea.

Sementara itu, majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan pada 17 November depan di sini. Manakala, pada 26 September di belah lelaki di Pulau Pinang.

Pasangan akan berbulan madu di Bali dan Jakarta pada November depan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...