Pages

Sunday, November 13, 2011

Senarai dan Gambar AIM 18

Yuna menggondol tiga anugerah pada Anugerah Industri Muzik (AIM18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada hari Sabtu. Yuna menerima anugerah Lagu Terbaik, Persembahan Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu (Penakut) dan Anugerah Kembara atas pencapaian cemerlangnya di Amerika Syarikat.

Acara yang bermula pada pukul 9 malam itu dihoskan oleh AC Mizal dan Zizan Raja Lawak. Pelbagai persembahan menarik yang ditampilkan termasuklah gandingan dua bintang muda Youtube Amerika Syarikat dan Malaysia iaitu Greyson Chance dan Najwa Latif menerusi lagu Paparazzi yang dipopularkan oleh Lady Gaga.

Manakala persembahan istimewa lain termasuklah Najwa, Yuna, Yassin, Mawi, Hafiz, 3 Suara (Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor), Ezad Exists, Rahmad Mega, Zamani Slam dan Elly AXL's.

Lagi keputusan penuh...
1. Artis Baru Terbaik = Najwa

2. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu = Ning Baizura, Jacyln Victor, Shila Amzah - Beribu Sesalan

3. Lagu Rock Terbaik = Lagu: Pelita /Komposer: Loque /Artis: API

4. Lagu Pop Terbaik = Lagu: Sedetik Lebih /Komposer: Edry Abdul Halim /Artis: Anuar Zain

5. Lagu Pop Etnik Terbaik = Lagu: Joget Tak Senang Hati /Artis: Adibah Noor

6. Lagu Nasyid Terbaik = Lagu: Pedoman /Artis: Nora Feat V.O.U

7. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik = Lagu: You Got To Go /Artis: Najwa

8. Video Muzik Terbaik = Lagu: Susun Silang Kata /Artis: Aizat Amdan /Pengarah: Ahmad Farish

9. Lagu Bahasa melayu Terbaik Yang Di Persembahkan Oleh Artis Luar Negara = Lagu: Ku Menunggu /Komposer: Mery LC /Artis: Rossa

10. Anugerah Kembara = Yuna

11. Anugerah Sri Wirama = Beh Suat Pheng

12. Artis Mobile Celcom Terbaik = Sixth Sense

13. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki) = Anuar Zain - Sedetik Lebih

14. Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) = Yuna - Penakut

14. Lagu Terbaik = Yuna - Penakut

15. Album Terbaik = Album: The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid /Artis: Sheila Majid


-Gambar Via


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...